Tips Penjagaan Laptop Anda
Pastikan ianya cukup sejuk Laptop menjana banyak haba terutamanya jika anda menggunakan software terkini. Terlalu panas, anda berisiko merosakkan motherboard anda. Beginilah heatsink mengumpulkan habuk selepas 6 bulan Pastikan laptop anda mempunyai ruang pengudaraan yang baik, dan pastikan anda tidak menghalang aliran angin dari kipas laptop kerana ianya satu satunya ruang udara yang ada! Pastikan anda menghantar laptop anda kepada pakar untuk servis kipas laptop anda untuk mencuci habuk bila : 1) Laptop anda panas di bahagian kipas. 2) Setiap 6 bulan sekali. Kipas selepas 6 bulan menyimpan habuk Ini adalah masalah kritikal yang semua pengguna laptop tidak ketahui sehinggalah laptop mereka rosak. Selepas beberapa lama laptop anda pasti akan memerangkap habuk di kipas processor. Ini menyebabkan sistem pengudaraan yang tidak baik lalu laptop akan terlebih panas dan merosakkan komponen komponen seperti motherboard dan proces...